Wednesday 12 November 2014

Sekitar Kejohanan Silat Seni Remaja Jemputan PEWARIS 2014







Acara 1 : SOLO TANGAN KOSONG
Kategori
Pemenangnya
Bentuk Hadiah dan Nilai
Johan
Seni Silat Kuntau Tekpi Pahang

1 Medal (RM12.00)
1 Hamper (RM30.00)
Naib Johan
Seni Silat Pencak Tari A

1 Medal (RM12.00)
1 Hamper (RM30.00)
Ketiga
Seni Silat Kuningan

1 Medal (RM12.00)
1 Hamper (RM30.00)

Acara  2: PASANGAN SILAT PULUT
Kategori
Pemenangnya
Bentuk Hadiah dan Nilai
Johan
Seni Silat Gerak Warisan (Pewaris)

2 Medal (RM24.00)
2 Hamper (RM60.00)
Naib Johan
Seni Silat Pencak Tari A

2 Medal (RM24.00)
2 Hamper (RM60.00)
Ketiga
Pencak Silat Maahad Tahfiz Pahang

2 Medal (RM24.00)
2 Hamper (RM60.00)

Acara  3: PASANGAN TEMPUR TANGAN KOSONG
Kategori
Pemenangnya
Bentuk Hadiah dan Nilai
Johan
Seni Silat Kuningan Kuantan

2 Medal (RM24.00)
2 Hamper (RM60.00)
Naib Johan
Seni Silat Pencak Tari B
2 Medal (RM24.00)
2 Hamper (RM60.00)
Ketiga
Seni Silat Kuningan
2 Medal (RM24.00)
2 Hamper (RM60.00)



Tuesday 14 October 2014

KEJOHANAN SILAT SENI REMAJA JEMPUTAN PEWARIS 2014

JEMPUTAN MENYERTAI 
KEJOHANAN SILAT SENI REMAJA JEMPUTAN PEWARIS 2014



borang penyertaan boleh dimuaturun di sini

1. Surat Jemputan
2. Kertas Kerja 1
3. Kertas Kerja 2
4. Kertas Kerja 3
5. Kertas Kerja 4
6. Borang Penyertaan

Untuk sebarang pertanyaan boleh terus hubungi En Khalid Redzwan
 di talian 014 212 5648 atau whatsApp

Tarikh tutup penyertaan ialah 03 November 2014

Sunday 24 August 2014

Santai Raya Pewaris 2014

Pada 23 Ogos 2014 (Ahad), Pertubuhan Seni Silat Gerak Warisan Kuantan (PEWARIS) telah mengadakan program sambutan hari raya yang dikenali sebagai Jamuan Santai Raya Pewaris 2014. Program ini diadakan di Pantai Batu Hitam ini berkonsepkan berkelah yang menghimpunan semua ahli PEWARIS. 

Acara bermula pada jam 2.30 petang dengan ucapan alunan Selamat Datang dari Yang Dipertua PEWARIS iaitu En Mohd Khalid Redzwan Abd Aziz yang juga Ketua Jurulatih Pewaris. Sebaik sahaja selesai berucap hadiri disajikan dengan juadah raya yang dibawa untuk dikongsikan bersama-sama dengan pelbagai jenis juadah yang sinonim dengan hari raya. 

Hadirin juga turut disajikan dengan aktiviti Sampul Mesteri. Permainan ini mempunyai beberapa sampul yang mengandungi arahan yang perlu dilakukan oleh ahli yang menerima sampul ini. Permainan ini bermula sebaik sahaja muzik dijalankan, kemuadian sampul akan digerakan ahli mengikut bulatan. Apabila muzik berhenti ahli terakhir yang memegang sampul tersebut perlu memilih sampul dan membuka sampul tersebut serta perlu mengikut arahan yang tertulis dalam sampul tersebut.

Sebelum majlis bersurai, YDP Pewaris menyampai sumbangan duit raya kepada semua hadirin yang hadir. Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini dalam harap dapat diteruskan untuk tahun-tahun akan datang.











Tuesday 19 August 2014

Jamuan Santai Raya Pewaris 2014


Jamuan Santai Raya Pewaris 2014 akan diadakan pada 24 Ogos 2014 di Pantai Batu Hitam melibatkan semua ahli Pewaris. Berikut adalah aturcara program :

2.00 petang : Ketibaan semua ahli
2.30 petang : Ucapan Yang Dipertua
2.50 petang : Jamuan Makan
3.50 petang : Aktiviti
5.00 petang : Sesi Bergambar & Besurai

Sunday 29 June 2014

Salam Ramadhan

Assalamualaikum kepada semua.
Ramadhan kembali lagi pada tahun ini, Alhamdulillah kali ini kita dibenarkan bertemu sekali lagi dengan Ramadhan Al-Mubarak. Di sinilah tempat untuk kita bersama-sama melipat gandakan amal ibadat sama ada wajib atau sunat. Gunakanlah sebaik mungkin Ramadhan kali ini agar lebih baik dari Ramadhan yang kita lalui sebelum ini kerana kita belum pasti berjumpa yang akan datang..

Wednesday 5 March 2014

Bengkel Silat Olahraga PEWARIS 2014

Pada 1 Mac 2014 (Sabtu), seramai 17 pesilat berkumpul di SMK Tok Sera Kuantan untuk menghadiri Bengkel Silat Olahraga 2014. Bengkel ini dikendalikan sepenuhnya oleh En Mohd Khalid Redzwan Abd Aziz yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Seni Silat Gerak Warisan Kuantan (PEWARIS). Tujuan utama bengkel ini di adakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai silat olahraga.

Latihan dimulakan dengan sesi latihan fizikal dan kecergasan kerana latihan ini amat penting bagi pesilat untuk mengukur tahap kecergasan semasa.











Beberapa aspek turut diambil kira dalam latihan ini sebagai langkah berjaga-jaga supaya tidak berlaku kemalangan semasa melakukan aktiviti ini.











Latihan seterusnya pesilat didedahkan dengan taklimat dan peraturan pertandingan silat olahraga yang wajib diketahui oleh semua pesilat supaya dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan diamalkan dalam permainan silat olahraga.








Pesilat juga didedahkan dengan permainan teknik silat olahraga yang perlu dilatih dengan mahir supaya dapat digunapakai dalam pertandingan.






Akhir sekali, pesilat diminta 'sparring' bersama pasangan masing-masing bagi menghidupkan suasana pertandingan silat olahraga yang sebenar.
Dengan cara ini pesilat dapat membiasakan diri dengan permainan silat olahraga dan membentuk permianan tersendiri.











Sebelum bersurai, semua peserta diberikan sijil penyertaan. 3 peserta terbaik turut diberikan hamper sebagai galakan untuk terus bersilat. 3 hadiah peserta terbaik ialah :
1. Pesilat Putera Terbaik
2. Psilat Puteri Terbaik
3. Pesilat Baru Terbaik

Sekalung Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat...



Thursday 20 February 2014

AJK SILAT SMK TOK SERA 2014

Barisan AJK Pasukan Seni Silat SMK Tok Sera 2014



Pengerusi
MUHAMMAD NAZIF ISHAK

N. Pengerusi
MUHAMMAD HAFIZI HASSAN

Setiausaha 
KHAIRUL FADLY IKRAM KHYRUL HAFIZA
(no image)

Pen. Setiausaha
AZRA EIN MUHAMMAD SALLEH

Bendahari
AHMAD IZZAT AZHAR

Pen.  Bendahari
AMIR AIMAN ZOLKEFLI


AJK
NUL QARIM YUSLI
(no image)

AJK
MUHAMMAD AZROY AIZAM YUNUS

AJK
NUR HAZIQ AIMAN JALAINI

AJK
NUR ATHIRAH MOHD AFANDI
(no image)

AJK
NIK NUR ATHIRAH ZULKIFLI
(no image)

AJK
NOR AMIRA IZZAH ZAKARIA
(no image)









Monday 3 February 2014

Demo Perkahwinan 1 Februari 2014

 Pada 1 Februari 2014, Pertubuhan Seni SIlat Gerak Warisan, Kuantan (PEWARIS) telah dijemput untuk mengadakan demo di Majlis Perkahwinan di Bukit Sekilau, Kuantan, Pahang. PEWARIS telah menghantar 4 orang pesilat cilik (atas permintaan tuan rumah) untuk persembahan tersebut.

Demo bermula sebaik sahaja rombongan pengantin lelaki tiba dan duduk bersama pengantin perempuan di pelamin. Demo dimulai pesilat adik beradik iaitu Nasyirah Huda dan Mohamad Nabil untuk aksi silat pulut. Manakala 2 pesilat lagi memperagakan aksi tempur keris iaitu Muhammad Daniel Haiqal dan Muhammad Danish Aiqil. Walaupun ruang yang disediakan agak sempit tetapi persembahan berjalan dengan lancar.

Kepada warga Kuantan yang berminat menggunakan perkhidmatan kami boleh menghubungi En Khalid (014 - 212 5648).