Monday 3 February 2014

Demo Perkahwinan 1 Februari 2014

 Pada 1 Februari 2014, Pertubuhan Seni SIlat Gerak Warisan, Kuantan (PEWARIS) telah dijemput untuk mengadakan demo di Majlis Perkahwinan di Bukit Sekilau, Kuantan, Pahang. PEWARIS telah menghantar 4 orang pesilat cilik (atas permintaan tuan rumah) untuk persembahan tersebut.

Demo bermula sebaik sahaja rombongan pengantin lelaki tiba dan duduk bersama pengantin perempuan di pelamin. Demo dimulai pesilat adik beradik iaitu Nasyirah Huda dan Mohamad Nabil untuk aksi silat pulut. Manakala 2 pesilat lagi memperagakan aksi tempur keris iaitu Muhammad Daniel Haiqal dan Muhammad Danish Aiqil. Walaupun ruang yang disediakan agak sempit tetapi persembahan berjalan dengan lancar.

Kepada warga Kuantan yang berminat menggunakan perkhidmatan kami boleh menghubungi En Khalid (014 - 212 5648).





No comments:

Post a Comment