Latihan dimulakan dengan sesi latihan fizikal dan kecergasan kerana latihan ini amat penting bagi pesilat untuk mengukur tahap kecergasan semasa.
Beberapa aspek turut diambil kira dalam latihan ini sebagai langkah berjaga-jaga supaya tidak berlaku kemalangan semasa melakukan aktiviti ini.
Latihan seterusnya pesilat didedahkan dengan taklimat dan peraturan pertandingan silat olahraga yang wajib diketahui oleh semua pesilat supaya dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan diamalkan dalam permainan silat olahraga.
Pesilat juga didedahkan dengan permainan teknik silat olahraga yang perlu dilatih dengan mahir supaya dapat digunapakai dalam pertandingan.
Akhir sekali, pesilat diminta 'sparring' bersama pasangan masing-masing bagi menghidupkan suasana pertandingan silat olahraga yang sebenar.
Dengan cara ini pesilat dapat membiasakan diri dengan permainan silat olahraga dan membentuk permianan tersendiri.
Sebelum bersurai, semua peserta diberikan sijil penyertaan. 3 peserta terbaik turut diberikan hamper sebagai galakan untuk terus bersilat. 3 hadiah peserta terbaik ialah :
1. Pesilat Putera Terbaik
2. Psilat Puteri Terbaik
3. Pesilat Baru Terbaik
Sekalung Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat...
No comments:
Post a Comment