Sunday 24 August 2014

Santai Raya Pewaris 2014

Pada 23 Ogos 2014 (Ahad), Pertubuhan Seni Silat Gerak Warisan Kuantan (PEWARIS) telah mengadakan program sambutan hari raya yang dikenali sebagai Jamuan Santai Raya Pewaris 2014. Program ini diadakan di Pantai Batu Hitam ini berkonsepkan berkelah yang menghimpunan semua ahli PEWARIS. 

Acara bermula pada jam 2.30 petang dengan ucapan alunan Selamat Datang dari Yang Dipertua PEWARIS iaitu En Mohd Khalid Redzwan Abd Aziz yang juga Ketua Jurulatih Pewaris. Sebaik sahaja selesai berucap hadiri disajikan dengan juadah raya yang dibawa untuk dikongsikan bersama-sama dengan pelbagai jenis juadah yang sinonim dengan hari raya. 

Hadirin juga turut disajikan dengan aktiviti Sampul Mesteri. Permainan ini mempunyai beberapa sampul yang mengandungi arahan yang perlu dilakukan oleh ahli yang menerima sampul ini. Permainan ini bermula sebaik sahaja muzik dijalankan, kemuadian sampul akan digerakan ahli mengikut bulatan. Apabila muzik berhenti ahli terakhir yang memegang sampul tersebut perlu memilih sampul dan membuka sampul tersebut serta perlu mengikut arahan yang tertulis dalam sampul tersebut.

Sebelum majlis bersurai, YDP Pewaris menyampai sumbangan duit raya kepada semua hadirin yang hadir. Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini dalam harap dapat diteruskan untuk tahun-tahun akan datang.











No comments:

Post a Comment