Monday 15 October 2012

Musim Ujian Penilaian

Pertubuhan Seni SIlat Gerak Warisan Kuantan, Pahang (PEWARIS) akan mengadakan ujian penilaian bagi kelayakan memperoleh bengkung masing-masing. Berdasarkan kepada rekod terkini 3 ujian akan di adakan untuk menilai pesilat bagi tahap-tahap tertentu.

1. Ujian Asas Senjata Tahap 3 (Bengkung Biru) - 9 bulan
    - Untuk pemegang bengkung hijau yang terpilih berdasarkan perkara-perkara tertentu mengikut
       kepada disiplin dan kebolehan pesilat.
    - Diuji berdasarkan tiga senjata utama iaitu tongkat, keris dan pisau
   -  Tarikh ujian : 04/11/2012 (Ahad)

2. Ujian Tangan Tangan Kosong Tahap 2 (Bengkung Hijau) - 6 bulan
    - Untuk pemegang bengkung putih  berdasarkan perkara-perkara tertentu mengikut
       kepada disiplin dan kebolehan pesilat.
    - Diuji berdasarkan permaianan tangan kosong termasuk silat olahraga
    -  Tarikh ujian : 25/11/2012 (Ahad)


3. Ujian Tangan Tangan Kosong Tahap 1 (Bengkung Putih) - 3 bulan
    - Untuk pesilat baru  berdasarkan perkara-perkara tertentu mengikut
       kepada disiplin dan kebolehan pesilat.
    - Diuji berdasarkan asas tangan, kaki, rolling, langkah dan tempis
    - Tarikh ujian : 25/11/2012 (Ahad)





Monday 1 October 2012

Latihan Mingguan Gelanggang SKD 2 Dipinda


Bermula bulan Oktober 2012, latihan silat gelanggang di Taman Sungai Karang Darat 2 (SKD 2) akan ditunda sepertimana yang tertera pada memo yang dikeluarkan bertarikh 29/09/2012. Hal ini terpaksa dilakukan kerana terdapat sedikit masalah teknikal yang berkaitan dengan persekitaran. Walaubagaimanapun  perkara ini hanya untuk sementara waktu sahaja dan akan kembali kepada biasa apabila segala masalah dapat diselesaikan dengan baik.

Setelah setahun lebih berlatih di sebelah malam, kini pesilat di SKD 2 akan berlatih di sebelah petang selepas waktu asar (5.00 -6.45 petang) pada hari Sabtu dan Ahad. Maklumlah latihan di sebelah petang agak panas sedikit berbanding waktu malam. Tetapi latihan waktu petang mampu mengatasi masalah penggunan lampu yang biasakan digunakan pada waktu malam, dalam erti kata lain menjimatkan tenaga.

Sehubungan dengan itu PEWARIS menasihatkan kepada semua ahli di SKD 2 supaya dapat menyusun semula jadual harian agar tidak bertembung dengan latihan silat. PEWARIS juga mengharapkan agar ahli SKD 2 dapat menyesuaikan diri dengan jadual latihan yang baru dan terus meneruskan latihan silat sehingga keakhirnya.

Monday 17 September 2012

Latihan di SK Sg Talam, Kuantan


Kelab Silat Sk Sg Talam (SKESTA), Kuantan telah mula diwujudkan pada 7 Julai 2012 dengan penyertaan ahli berdaftar ialah 10 orang. Latihan minggu diadakan pada hari Sabtu bermula jam 8.30 pagi.

Latihan silat yang dijalankan lebih tertumpu kepada latihan silat olahraga dan juga latihan fizikal bagi memperkasakan pelatih bagi melahirkan pesilat yang lebih mantap dan menjadi juara suatu hari nanti. 

Sunday 17 June 2012

Persembahan Silat Hari Penapisan FELDA 2012

Pada 15 Jun 2012 bertempat di Kompeks Sukan UIAM Indera Mahkota Kuantan, PEWARIS telah dijemput untuk persembahan silat sempena Hari Sukan Penapis FELDA 2012. Seramai 10 ahli yang terdiri daripada 5 lelaki dan 5 perempuan telah dipilih untuk persembahan ini.

Dengan hanya mengadakan 8 sesi latihan sahaja sudah memadai bagi ahli memperkemaskan setiap gerak langkah , tari dan juga buah pukul. Dengan masa yang diperuntukan pengajur sebanyak 5 minit sahaja, maka tempo persembahan diolah dengan pantas disamping memberi persembahan yang terbaik kepada pengajur.

Alhamdulillah selesai persembahan, kami mendapat pujian daripada pihak pengajur. InsyaALLAH jika ada rezeki kami akan terus akan membuat persembahan untuk warga KUANTAN sekiranya dijemput.

Sekian.....

Tuesday 14 February 2012

Penilaian Tahap 2 (Bengkung Hijau)

Pada tanggal 11 Februari 2012, Pertubuhan Seni Silat Gerak Warisan Kuantan, Pahang (PEWARIS) telah mengadakan Penilaian Ujian Tahap 2 bagi kelayakan bengung hijau bertempat di gelanggang PEWARIS Taman Sungai Karang Darat 2, Kuantan.

Seramai 15 pesilat yang layak telah menyertai ujian. Walaupun cuaca hujan ketika ujian dijalankan, ia tidak mematahkan semangat pesilat-pesilat ini untuk terus meneruskan niat untuk berjaya dalam ujian ini. Bagi memudahkan urusan ujian tersebut, pesilat-pesilat dipecahkan kepada 4 kumpulan.  Setiap kumpulan diletakkan seramai 4 pesilat kecuali kumpulan 4 hanya 3 pesilat sahaja.

Hasilnya semua pesilat telah lulus dalam ujian ini dan diharap pesilat dapat meneruskan kecemerlangan di masa akan datang.

Saturday 4 February 2012

Pegambilan Ahli Baru 2012


Kami sedang membuat pengambilan ahli baru bagi sesi 2012. Sehubungan dengan itu, ibubapa yang berminat untuk menghantar anak mereka ke gelanggang kami boleh terus menghubungi kami dengan kadar segera.


Gambar di atas menunjukan pelan ke gelanggang latihan kami. Harap ia dapat membantu kepada mereka yang ingin mencari gelanggang kami.

Tuesday 31 January 2012

Pertubuhan Seni Silat Gerak Warisan Kuantan, Pahang (PEWARIS) telah berjaya didaftarkan pada 04.04.2011 di Jabatan Pertubuhan Pendaftaran Negeri Pahang. PEWARIS diasaskan oleh Mohd Khalid Redzwan Abd Aziz yang merupakan bekas jurulatih dan Yang Dipertua Pertubuhan Seni Silat Gerak Tangkas Suci Kuantan, Pahang. 

PEWARIS diasaskan berdasarkan pengamal dan hasil kajian pengasas sepanjang berada dalam arena persilatan ini. Pengasas juga pernah bercita-cita  untuk membuka pertubuhan silat sendiri. Hasil dari usaha gigih, pandangan dan sokongan beberapa sahabat PEWARIS dapat ditubuhkan dan memulakan kelas/gelanggang pertama pada 06.05.2011 di Taman Sungai Karang Darat 2 dengan penyertaan seramai 16 orang pelatih yang terdiri daripada kanak-kanak dan remaja. 

PEWARIS merupakan pertubuhan silat yang bergerak secara akedemik disamping juga mengamalkan tradisi yang jugakan digunakan kebanyakan pertubuhan silat yang lain. Dalam sukatan pelajaran (silibus) PEWARIS pesilat baru akan dinilai tahapnya melalui sistem bengkung seperti berikut :
1. Bengkung Putih 
- Bagi memiliki bengkung ini pelatih perlu mahir dan uji dengan kemahiran asas tangan, kaki, melangkah, tempisan dan juga rolling.
- tempoh pelajaran selama 3 bulan
2. Bengkung Hijau 
- Bagi bengkung ini pula, pelatih perlu menghabiskan permainan tangan kosong seperti gerak (pelebat), buah pukul, asas silat seni dan latihan silat olahraga.
- tempoh pelajaran selama 6 bulan 
3. Bengkung Biru
- Pelatih perlu mahir dan diuji dengan permainan senjata seperti tongkat, keris, pisau, parang dan kerambit.
- tempoh pelajaran selama 12 bulan/1 tahun
4. Bengkung Merah (Alam Jurulatih)
- Pelatih akan diuji untuk mengajar pelatih baru, meguruskan pertubuhan.
- tempoh pelajaran ini selama 24 bulan/ 2tahun

Bagi yang berminat menyertai kami di Kuantan boleh menghubungi En Khalid di talian 014-2125648