Monday 1 November 2021

Pendaftaran Kelas Silat Kanak-kanak, Remaja & Dewasa November 2021


 Pertubuhan Seni Silat Gerak Warisan Kuantan, Pahang (PEWARIS) membuka kelas kepada semua yang berminat. Kelas hanya dijalankan pada setiap hujung minggu sahaja.

Kepada yang berminat boleh hubungi no yang tertera untuk pertanyaan dan pendaftaran.


Monday 21 January 2019

Pusat Silat PEWARIS 2019

Adalah dengan ini, dimaklumkan senarai Pusat Silat PEWARIS yang telah beroperasi pada tahun 2019
1. SK Bukit Sekilau Kuantan
2. SMK Tok Sera Kuantan
3. SK Tok Sera Kuantan
4. SK Tanjung Lumpur Kuantan
5. SK Fakeh Abd. Samad Kuantan
6. SK Kampung Belukar Kuantan

Monday 7 January 2019

Kelas Silat 2019 di Kuantan Pahang

Pertubuhan Seni Silat Gerak Warisan Kuantan (PEWARIS) terus melangkah ke hadapan dengan meneruskan kelas silat bagi tahun 2019 untuk semua peringkat umur (dewasa, remaja dan kanak-kanak) dalam usaha menggalakkan masyarakat mempelajari seni beladiri silat.

Sehubungan dengan itu, kami mengalu-alukan kepada semua yang berminat menyertai kami sekali gus mengangkat martabat seni beladiri melayu ini. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk pelihara seni budaya kita sendiri.

Tanamkan jatidiri dalam diri kita untuk terus memelihara seni ini agar ia tidak pupus ditelan zaman.

Sunday 4 March 2018

Gelanggang Terbaharu PEWARIS 2018

  
 Bermula Februari 2018, Pertubuhan Seni Silat Gerak Warisan Kuantan, Pahang (PEWARIS) telah membuka sebuah gelanggang baharu di SK Tok Sera, Kuantan. Seramai 22 murid telah mendaftar menjadi ahli PEWARIS di sekolah ini.
 

 Latihan silat dijalankan pada setiap hari Sabtu bermula jam 10.30 pagi sehingga 12.30 tengahari di kawasan sekolah tersebut.




Wednesday 22 March 2017

Kelas Silat SK Tanjung Lumpur

Pada Mac 2017, SK Tanjung Lumpur Kuantan telah menerima PEWARIS sebagai tenaga pengajar silat di sekolah ini. Hasil dari perbincangan yang ringkas bersama Guru Besar kelas silat berjaya dijalankan dan mendapat sambutkan dari anak-anak SK Tg Lumpur. 

Walaupun baharu sahaja kelab ini ditubuhkan, namun semangat anak-anak ini sangat tinggi untuk belajar silat. Mereka memang sudah lama ingin mempelajari silat tetapi tidak berpeluang. Kemasukan PEWARIS di sekolah ini ibarat 'Pucuk Dicita, Ulam Mendatang". 

Sekolah ini merupakan sekolah rendah yang ketiga dalam dalam 2017 yang dikendalikan PEWARIS. 








Kelas Silat SK Beserah

Bermula bulan Februari 2017, satu sekolah menjadi kelolaan PEWARIS ialah SK Beserah Kuantan. Setelah sekian lama SK Beserah tidak mempunyai pasukan silat kehadiran PEWARIS memberi 1001 sinar kepada anak-anak SK Beserah untuk mempelajari silat. 

Kehadiran murid dari darjah satu hingga darjah enam memberikan sepenuh minat untuk mempelajari silat. Ibu bapa serta penjaga turut menyokong dengan penubuhan kelab ini sebagai satu cara membentuk jatidiri anak-anak.