Wednesday 17 August 2016

Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat SMK Tok Sera 2016

Pada 17 Ogos 2016 telah berlangsungnya Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat SMK Tok Tok Sera yang berlansung di Dataran SMKTS. Pasukan silat telah turut terlibat dengan persembahan pada hari berkenaan. Dengan kekuatan seramai 16 orang murid persembahan ini berjaya memukau semua penonton yang hadir yang terdiri daripada guru-guru, kakitangan, pelajar dan juga tetamu yang merasmikan majlis tersebut En Kamalifauzi b Abdul Rashid (Timb. Pengarah Biro Tatanegara Pahang).




 Pembinaan Human Tower ala Tugu Negera.


Sunday 31 July 2016

Persembahan Hari Sukan SMK Tok Sera 2016


Pada 31 Julai 2016, sekali PEWARIS telah diberi kepercayaan untuk mempersembahkan aksi silat sempena Hari Sukan SMK Tok Sera Kuantan 2016 di Padang SMK Tok Sera Kuantan. Dengan kekuatan seramai 14 orang ( 12 lelaki dan 2 perempuan) persembahan berjalan dengan sempurna dan mendapat sorakan dari hadirin.




Jemputan Persembahan Silat Di SMK St Thomas Kuantan

 Pertubuhan Seni Silat Gerak Warisan Kuantan (PEWARIS) melalui SMK Tok Sera Kuantan telah menerima jemputan mengadakan persembahan silat sempena Persaraan Pn Wan Nor 'Ainin Bt Wan Daud di SMK St Thomas Kuantan pada 29 Julai 2016. Dengan kekuatkan 8 ahli (6 lelaki dan 2 perempuan) persembahan berjalan dengan baik mengikut kehendak penganjur.




 Terima kasih kepada penganjur kerana sudi menjemput kami. Sekian

Monday 16 May 2016

Sambutan Hari Guru SMK Tok Sera Kuantan 2016








16 Mei setiap hari merupakan Sambutan Hari Guru di Malaysia bagi mengenang jasa warga pendidik dalam membentuk masyarakat. Pada 16 Mei 2016 telah berlangusngnya Sambutan Hari Guru Peringkat SMK Tok Sera Kuantan.

Pasukan Seni Silat SMK Tok Sera telah membuat persembahan pembukaan dengan tema MAGIC SILAT dengan menampil aksi Lompat Harimau yang mendapat tepukan gemuruh dari penonton. 

Dengan kekuatan 13 ahli ruangan pentas digunakan sepenuhnya dalam memperagakan gerak silat dan gerak senjata keris. 

Rata-rata guru berpuas hati dengan persembahan ini,

SELAMAT HARI GURU 2016

Wednesday 27 April 2016

Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik SMK Tok Sera 2016


Pada 27 April 2016 telah berlangsungnya Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik SMK Tok Sera 2016 yang dirasmikan YBHG Dato' Suhaimi b Sulong (Peg. Khas Menteri Belia & Sukan Malaysia). PEWARIS (Tok Sera Fighter) diberi peluang mengadakan persembahan silat. Kali ini persembahan berbentuk pentomin silat menjadi tema pada kali ini.

Dengan kekuatan 13 ahli, persembahan ini dapat dijalankan dengan baik. Para pesilat melakukan tugas-tugas mereka dengan baik dan mendapat pujian dari pelbagai pihak.

MENGISAHKAN KEHIDUPAN MASYARAKAT DI SEBUAH KAMPUNG PADA SATU KETIKA DAHULU. MEREKA HIDUP SALING BERKERJA-SAMA DALAM MENCARI REZEKI.PEMUDANYA GIGIH KE MEREDAH SAMUDERA MEMBELAH LAUT MENYEMAI HASILNYA DAN JUGA YANG BERDAGANG. MANAKALA SI GADISNYA MENGURUSKAN PERIHAL RUMAH TANGGA. MEREKA SEMUANYA HIDUP AMAN DAN HARMONI.

DISANGKAKAN PANAS HINGGA KE PETANG, RUPANYA HUJAN DI TENGAH HARI. KAMPUNG TELAH DISERANG SEKUMPULAN PENYAMUN YANG MENGELARKAN DIRI MEREKA DENGAN NAMA 6 JAHANAM.  MEREKA MEMBUAT ONAR IBARAT BERAJA DI MATA, BERSULTAN DI HATI MENAWAN SELURUH KAMPUNG.


DENGAN SEMANGAT YANG TINGGI PENDUDUK KAMPUNG MEMBERANIKAN DIRI UNTUK MENENTANG KUMPULAN 6 JAHANAM DEMI MENYELAMATKAN MARUAH DIRI, KELUARGA DAN KAMPUNG YANG DICINTA. DAPATKAH, MEREKA MENGALAHKAN KEJAHATAN YANG BERMAHARAJA LEJA DI KAMPUNG MEREKA? SAMA-SAMA KITA SAKSIKAN…

Tuesday 26 April 2016

Pertandingan Pencak Silat Sekolah-sekolah Daerah Kuantan 2016


Pada 12 dan 13 April 2016 telah berlangsungnya Pertandingan Pencak Silat Sekolah-sekolah Daerah Kuantan 2016 yang berlangsung di SK Padang Garuda, Kuantan. PEWARIS memalui SMK Tok Sera Kuantan telah menghantar peserta untuk bertandingan ini.  Berikut adalah ketagori yang dipertandingkan

Sekolah Menengah
1. Seni Tari Silat Putera (GANGSA)
2. Seni Tari Silat Puteri
3. Seni Tempur Silat Putera
4. Seni Tempur Silat Puteri
5. Seni Jurus Silat Putera (GANGSA)
6. Seni Jurus Silat Puteri
7. Seni Silat Asli Putera
*perkataan yang berhuruf gelap ialah kategori yang disertai PEWARIS

Sekolah Rendah
1. Seni Tari Silat Putera
2. Seni Tari Silat Puteri
3. Seni Tempur Silat Putera
4. Seni Tempur Silat Puteri
5. Seni Jurus Silat Putera
6. Seni Jurus Silat Puteri


Persembahan Silat Hari Keluarga DRB-Hicom

Pada 26 Mac 2016 (Sabtu) di Mercedes Benz Malaysia Pekan, Pahang telah berlangsungnya Hari Keluarga DRB-HICOM. PEWARIS telah diundang untuk membuat persembahan silat bagi memeriahkan majlis tersebut.

Wednesday 23 March 2016

Majlis Pertukaran PK HEM SMK Tok Sera



Pada 26 Februari 2016 (Jumaat) telah berlangsungnya Majlis Pertukaran PK HEM SMK Tok Sera En Ahmad Sukri b Abdullah yang akan ditukarkan kepada SMK Pelindung Kuantan.

Tujuan majlis ini diadakan adalah bagi mengenai jasa beliau sepanjang berkhidmat di SMK Tok Sera. Pasukan Silat SMK Tok Sera @ Tok Sera Fighter diberi peluang untuk membuat persembahan khas "Bertandu dan Silat Drama".

Dengan kekuatan 14 orang  persembahan ini dapat dipersembahan dengan baik dan mendapat pujian semua warga sekolah. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.

Sunday 17 January 2016

Ikrar Persilatan PEWARIS


Latihan Pengenalan 2016 SMK Tok Sera Kuantan

Pada 15 Januari 2015 (Jumaat) jam 3 petang di Padang SMK Tok Sera Kuantan telah berlangsungnya Latihan Pengenalan 2016 dengan kehadiran seramai 20 murid (10 daripadanya adalah muka baharu). Bebekalkan semangat yang ditinggi di tahun yang baharu, latihan berjalan dengan lancar dan mengikut perancangan awal.

Sebelum memulakan latihan, pelatih perlu membaca ikrar persilatan sebagai akujanji dan satu cara memupuk sifat kepimpinan. Ikrar ini dipimpin oleh Sauadara Azra Ein Muhmmad Salleh iaitu Ketua Pasukan Lelaki bagi tahun 2016.

Selesai sahaja bacaan ikrar, pelatih terus melakukan sesi pemanas badan sebelum dipisahkan mengikut warna bengkung masing-masing.

Seterusnya pelatih diasingkan mengikut bengkung dan dilatih mengikut silibus (sukatan pelajaran) selayaknya.