Wednesday 2 December 2015

Ujian Tahap 1 Bengkung Putih 2015




Pada 2 Disember 2015 (Rabu) telah berlangsungnya Ujian Tahap 1 Bengkung Putih PEWARIS 2015 yang disertai seramai 3 orang ahli dari SMK Tok Sera Kuantan. Sebelum menyertai ujian ini, perserta diwajibkan mengikuti kursus selama 4 hari yang bertujuan memberi kefahaman tentang ujian yang bakal dijalankan. 



 Dalam Ujian peserta dinilai melalui beberapa kretiria seperti :
1. Kehadiran Kursus 40%
2. Ujian Amali 30%
3. Ujian Bertulis 20%
4. Sikap 10%

Markah lulus ialah 70% dan ke atas, bagi yang mendapat markah 80% hingga 94% dicatat sebagai lulus dengan kepujian, manakala yang mencapai markah 95% dicatat lulus dengan cemerlang.


Tahniah diucapakan kepada semua.








Wednesday 26 August 2015

Persembahan Silat Majlis Persaraan


Pertubuhan Seni Silat Gerak Warisan Kuantan (PEWARIS) telah diundang menjayakan persembahan sempena Majlis Persaraan Guru Besar SK Assunta Convent Kuantan pada 27 Ogos 2015 yang di adakan di sekolah berkenaan.

Persembahan yang memakan masa selama 7 minit ini telah dipersembahkan seramai 3 ahli PEWARIS iaitu :
1. Mohd Azren Abdullah b Azman
2. Azra Ein b Mohamad Salleh
3. Khairul Fadly Ikram b Khyrul Hafiza

Kami merakamkan jutaan terima kasih  kepada Kelab Guru & Kakitangan SK Assunta Convent Kuantan atas jemputan tuan. Kami juga berharap akan ada lagi kerjasama bersama pihak sekolah di masa akan datang.

Kepada yang ingin menggunkan perkhidmatan kami boleh hubungi kami di talian 014 2125648 (En Khalid).