Tuesday 14 February 2012

Penilaian Tahap 2 (Bengkung Hijau)

Pada tanggal 11 Februari 2012, Pertubuhan Seni Silat Gerak Warisan Kuantan, Pahang (PEWARIS) telah mengadakan Penilaian Ujian Tahap 2 bagi kelayakan bengung hijau bertempat di gelanggang PEWARIS Taman Sungai Karang Darat 2, Kuantan.

Seramai 15 pesilat yang layak telah menyertai ujian. Walaupun cuaca hujan ketika ujian dijalankan, ia tidak mematahkan semangat pesilat-pesilat ini untuk terus meneruskan niat untuk berjaya dalam ujian ini. Bagi memudahkan urusan ujian tersebut, pesilat-pesilat dipecahkan kepada 4 kumpulan.  Setiap kumpulan diletakkan seramai 4 pesilat kecuali kumpulan 4 hanya 3 pesilat sahaja.

Hasilnya semua pesilat telah lulus dalam ujian ini dan diharap pesilat dapat meneruskan kecemerlangan di masa akan datang.

No comments:

Post a Comment