Bermula bulan Oktober 2012, latihan silat gelanggang di Taman Sungai Karang Darat 2 (SKD 2) akan ditunda sepertimana yang tertera pada memo yang dikeluarkan bertarikh 29/09/2012. Hal ini terpaksa dilakukan kerana terdapat sedikit masalah teknikal yang berkaitan dengan persekitaran. Walaubagaimanapun perkara ini hanya untuk sementara waktu sahaja dan akan kembali kepada biasa apabila segala masalah dapat diselesaikan dengan baik.
Setelah setahun lebih berlatih di sebelah malam, kini pesilat di SKD 2 akan berlatih di sebelah petang selepas waktu asar (5.00 -6.45 petang) pada hari Sabtu dan Ahad. Maklumlah latihan di sebelah petang agak panas sedikit berbanding waktu malam. Tetapi latihan waktu petang mampu mengatasi masalah penggunan lampu yang biasakan digunakan pada waktu malam, dalam erti kata lain menjimatkan tenaga.
Sehubungan dengan itu PEWARIS menasihatkan kepada semua ahli di SKD 2 supaya dapat menyusun semula jadual harian agar tidak bertembung dengan latihan silat. PEWARIS juga mengharapkan agar ahli SKD 2 dapat menyesuaikan diri dengan jadual latihan yang baru dan terus meneruskan latihan silat sehingga keakhirnya.
No comments:
Post a Comment