Wednesday, 22 March 2017

Kelas Silat SK Tanjung Lumpur

Pada Mac 2017, SK Tanjung Lumpur Kuantan telah menerima PEWARIS sebagai tenaga pengajar silat di sekolah ini. Hasil dari perbincangan yang ringkas bersama Guru Besar kelas silat berjaya dijalankan dan mendapat sambutkan dari anak-anak SK Tg Lumpur. 

Walaupun baharu sahaja kelab ini ditubuhkan, namun semangat anak-anak ini sangat tinggi untuk belajar silat. Mereka memang sudah lama ingin mempelajari silat tetapi tidak berpeluang. Kemasukan PEWARIS di sekolah ini ibarat 'Pucuk Dicita, Ulam Mendatang". 

Sekolah ini merupakan sekolah rendah yang ketiga dalam dalam 2017 yang dikendalikan PEWARIS. 








Kelas Silat SK Beserah

Bermula bulan Februari 2017, satu sekolah menjadi kelolaan PEWARIS ialah SK Beserah Kuantan. Setelah sekian lama SK Beserah tidak mempunyai pasukan silat kehadiran PEWARIS memberi 1001 sinar kepada anak-anak SK Beserah untuk mempelajari silat. 

Kehadiran murid dari darjah satu hingga darjah enam memberikan sepenuh minat untuk mempelajari silat. Ibu bapa serta penjaga turut menyokong dengan penubuhan kelab ini sebagai satu cara membentuk jatidiri anak-anak. 













Kelas Silat SK Kg Belukar

Kedatangan tahun 2017 disambut dengan gembira apabila Pertubuhan Seni Silat Gerak Warisan Kuantan (PEWARIS) berjaya memasuki SK Kampung Belukar Kuantan untuk mengajar silat. Kepercayaan dari pihak sekolah dan Guru Penasihatnya Ustaz Mohd Radzi bin Abdullah akan dilaksanakan sebaik mungkin. 

Kelas latihan yang bermula penghujung Januari 2017 mula mendapat minat dari kalangan anak-anak SK Kg Belukar menyertai kelas silat ini. Bermula dari murid tahun satu hinggalah murid tahun enam masing-masing menunjukkan kesungguhan mempelajari silat.

Diharapkan juga pada tahun ini, anak-anak berjaya memperoleh sekurang-kurangnya satu bengkung sebelum berakhir tahun 2017.