Sunday 17 January 2016

Ikrar Persilatan PEWARIS


Latihan Pengenalan 2016 SMK Tok Sera Kuantan

Pada 15 Januari 2015 (Jumaat) jam 3 petang di Padang SMK Tok Sera Kuantan telah berlangsungnya Latihan Pengenalan 2016 dengan kehadiran seramai 20 murid (10 daripadanya adalah muka baharu). Bebekalkan semangat yang ditinggi di tahun yang baharu, latihan berjalan dengan lancar dan mengikut perancangan awal.

Sebelum memulakan latihan, pelatih perlu membaca ikrar persilatan sebagai akujanji dan satu cara memupuk sifat kepimpinan. Ikrar ini dipimpin oleh Sauadara Azra Ein Muhmmad Salleh iaitu Ketua Pasukan Lelaki bagi tahun 2016.

Selesai sahaja bacaan ikrar, pelatih terus melakukan sesi pemanas badan sebelum dipisahkan mengikut warna bengkung masing-masing.

Seterusnya pelatih diasingkan mengikut bengkung dan dilatih mengikut silibus (sukatan pelajaran) selayaknya.