Wednesday 2 December 2015

Ujian Tahap 1 Bengkung Putih 2015




Pada 2 Disember 2015 (Rabu) telah berlangsungnya Ujian Tahap 1 Bengkung Putih PEWARIS 2015 yang disertai seramai 3 orang ahli dari SMK Tok Sera Kuantan. Sebelum menyertai ujian ini, perserta diwajibkan mengikuti kursus selama 4 hari yang bertujuan memberi kefahaman tentang ujian yang bakal dijalankan. 



 Dalam Ujian peserta dinilai melalui beberapa kretiria seperti :
1. Kehadiran Kursus 40%
2. Ujian Amali 30%
3. Ujian Bertulis 20%
4. Sikap 10%

Markah lulus ialah 70% dan ke atas, bagi yang mendapat markah 80% hingga 94% dicatat sebagai lulus dengan kepujian, manakala yang mencapai markah 95% dicatat lulus dengan cemerlang.


Tahniah diucapakan kepada semua.